Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari


Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

KANGAR – Seorang suri rumah dan suaminya direman tujuh hari selepas disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah teres di Taman Cempaka Putih di Arau semalam.

Permohonan reman suspek wanita dan pasangannya yang masing-masing berusia 34 dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali di Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini.

Mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga 8 Jun depan selepas permohonan reman dilakukan pegawai penyiasa Ibu Pejabat Polis Daerah Arau bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Semalam dilaporkan seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih.


Mangsa berusia 74 tahun dan merupakan seorang mualaf berbangsa Cina berasal dari Paka, Terengganu dipukul anak perempuannya sendiri kerana tertekan dan tidak tahan dengan ragam warga emas itu.

Menantu mangsa yang merupakan seorang peniaga berasal dari Johor juga disyaki terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma