Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1


Piala AFC: Sabah gah belasah Hougang United 4-1

BACA seterusnya di https://pakdin.my/173908/

Sabah FC meneruskan aksi konsisten dalam saingan Piala AFC selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Hougang United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.

Pada aksi Kumpulan H itu, Sabah yang turun sebagai pasukan pelawat menampilkan aksi lebih meyakinkan apabila banyak melakukan serangan selain beberapa kali menguji kecekapan penjaga gol Hougang, Muhammad Zainol Gulam Mohamed.

Pintu gol tuan rumah bocor pada minit ke-15 menerusi jaringan sendiri Naoki Kuriyama yang tertampan hantaran lintang Daniel Ting bagi meletakkan Sabah 1-0 di depan sebelum perlawanan ditangguhkan seketika akibat hujan lebat.

Sebaik perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan gagal menampilkan aksi sebenar apabila terpaksa beraksi dalam keadaan padang basah, namun Sabah menggandakan kedudukan hasil sepakan penalti penyerang, Darren Lok pada minit ke-44.

Memasuki separuh masa kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol ketiga selepas voli kencang dilakukan Ramon Machado gagal ditepis Zainol.

Gol ketiga itu nyata meleburkan semangat juang Hougang selain menyaksikan skuad The Rhinos terus mengganas apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol pasukan tuan rumah.

Ketika perlawanan berbaki 13 minit, pintu gol Hougang bocor buat kali keempat selepas percubaan Rizal Ghazali ditampan Anders Aplin lalu menerjah gawang sendiri sebelum mereka menjaringkan gol saguhati menerusi Gabriel Quak pada masa kecederaan.

Kemenangan itu turut menyaksikan Sabah berjaya memastikan slot ke pusingan seterusnya selepas pertemuan dua lagi pasukan Kumpulan H, PSM Makassar dan Hai Phong FC berkesudahan seri 1-1. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL