[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal


[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal

Sumber: https://pakdin.my/157626 =

SARATOK: Sebelas keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Joshua Mitas di Ulu Awek di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.25 pagi dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi.

Ketika pasukan tiba, api sedang marak membakar kediaman dua tingkat itu.

"Pasukan menggunakan dua hos air yang sumber daripada jentera bomba.

"Siasatan awal mendapati punca kebakaran daripada sebuah bilik dalam rumah itu, sebelum api merebak ke bahagian lain," katanya.

Menurutnya, hampir tiga jam diambil untuk mengawal dan memadam kebakaran, malah kini kerja 'overhaul' sedang berjalan bagi mengelak kebakaran berulang.

Kenyataan turut menyebut keseluruhan sembilan bilik musnah, manakala dua lagi rosak.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ada mangsa menumpang ke rumah saudara, selain menghuni khemah sementara menunggu bantuan tiba," katanya.





Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL