Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu


Guru pulang dari hospital maut, kereta langgar tiang lampu

Baca seterusnya di: pakdin.my/167454

HULU SELANGOR – Seorang guru sekolah rendah menemui ajal apabila kereta Proton Ertiga dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu di Kilometer (km) 7.5 Pintasan Rawang menghala ke Serendah, di sini, tengah hari tadi 12/9/2023.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 39 tahun dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak di Serendah.

Ujarnya, mangsa yang bertugas di Sekolah Rendah Bukit Beruntung 1, baru sahaja pulang dari Hospital Selayang untuk membuat ujian darah.

“Mangsa sedang jalani dialisis dan pergi ke Hospital Selayang seorang diri untuk membuat ujian darah. Sampai di tempat kejadian, pemandu hilang kawalan lalu melanggr tiang lampu di sebelah kiri jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan kepada pihak polis,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma