Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor


Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

BACA seterusnya di:https://pakdin.my/167151/

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin.

"Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pempengaruh media sosial terkenal di Batang Kali, semalam.

"Polis meminta agar orang ramai berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya di sekitar kawasan berkenaan.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai haiwan itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dengan menelefon 03-60641132 bagi membantu pihak berkuasa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL