Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor


Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163156

HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang 4 April 2023.

“Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia.  Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因