[VIDEO] Litar pintas punca Jakel Shah Alam terbakar

BACA seterusnya di https://pakdin.my/161387

SHAH ALAM – Kebakaran melibatkan gedung tekstil Jakel di Seksyen 7, di sini dipercayai akibat litar pintas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat awam kira-kira pukul 7.10 pagi berhubung kebakaran itu.

Katanya, tindakan awal telah menghubungi pihak bomba dengan sebanyak 9 buah jentera telah sampai ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran dipercayai litar pintas dari premis tersebut.

“Jumlah kerugian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, polis Shah Alam telah membuat kawalan lalu lintas di kawasan kebakaran serta kawalan keselamatan di tempat kejadian.

“Buat masa ini Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berada di tempat kejadian bagi pemantauan keadaan di sana,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini.

Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, di sini. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL