Pendidikan berteraskan agama antara transformasi KEMAS - Ahmad Zahid

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170472

Pendidikan berteraskan agama terutama pengajian Al-Quran dan solat menjadi antara transformasi yang dilakukan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memupuk nilai akidah serta ibadah dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi itu dilaksana bersesuaian dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat, seiring situasi semasa ketika ini.

"Alhamdulillah, KEMAS dengan kerjasama Yayasan Pintar, Yayasan Pahang dan UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), kita melakukan transformasi untuk anak-anak kita didedahkan dalam soal pengajian Al-Quran dan solat supaya daripada peringkat awal soal akidah dapat ditanamkan dalam jiwa mereka.

"Sesungguhnya mendirikan sembahyang (solat) itu adalah mendirikan agama, meninggalkan sembahyang itu meruntuhkan agama. Jadi, prinsip ini harus dididik daripada awal (usia), " katanya ketika berucap semasa merasmikan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan 2023 di sini.

Program berkenaan turut mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi penglibatan paling ramai kanak-kanak iaitu seramai 3,000 peserta, selain penyertaan peserta berselawat secara serentak paling ramai dengan jumlah 2,000 peserta.

https://youtube.com/shorts/frdotuGQDzA



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma