Nombor plat 'FF 1' milik Sultan Johor

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165773

JOHOR BAHRU -- Nombor pendaftaran kenderaan bagi siri Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 'FF 1' adalah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini berserta beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim, yang membida dengan tawaran tertinggi.

VIDEO berkaitan

https://youtu.be/anvX4-NkL0M

Sebelum ini, media melaporkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri 'FF' mencatatkan hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma