Kesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di sana


Kesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di sana

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154580]

Kesatuan Eropah memiliki pendirian yang jelas terhadap Meta. Mereka meminta supaya pengendali Facebook dan Instagram itu menyimpan dan memproses data-data pengguna Eropah, di dalam wilayah Kesatuan Eropah dan bukannya disalurkan ke pengkalan data yang berada di Amerika Syarikat.

Namun, Meta katakana yang ia tidak boleh kerana tindakan ini boleh merencatkan servis pengiklanan yang digunakan pengguna-pengguna enterprise mereka. 

Makanya, dalam satu laporan kepada pihak berkuasa, Meta memaklumkan yang mereka terpaksa menutup servis Facebook dan Instagram di Eropah sekiranya mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan perundangan di EU.

Dua menteri, masing-masing daripada Jerman dan Perancis telah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan pihak Kesatuan Eropah tidak gentar ke atas ancaman tersebut. 

Salah seorang daripadanya sudahpun tidak menggunakan Facebook selama 4 tahun dan seorang lagi menyatakan yang benua Eropah adalah sebuah pasaran yang kukuh dan boleh hidup tanpa kehadiran Meta.

Ia tidaklah mengejutkan kenapa mereka cukup berani. Pada minggu sudah, kami laporkan bahawa Facebook telah kehilangan jutaan pengguna aktif harian, pertama seumpamanya dalam sejarah penubuhan media sosial itu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma