[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat


[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720

KLANG: Sebanyak 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat, Pulau Indah semalam 6 Jun 2023.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.37 petang.

Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

BBP terbabit adalah Pelabuhan Barat, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

"Laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat.

https://youtube.com/shorts/UKx6IFnaHKM?feature=share

"Hingga jam 9.30 malam tadi, 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung.

"Muatan empat lagi unit kontena masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, kerja-kerja mengalihkan kontena yang belum terbakar sedang dilakukan.

Katanya, kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL