[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022


[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022

BACA seterusnya di https://pakdin.my/161303

Himpunan berita kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar ketika dipandu.

Di Seremban NEGERI SEBILAN (26 Disember 2022) – Sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya akibat melanggar lampu merah dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall.

Di Batu Pahat JOHOR (26 Disember 2022) - Sebuah lori terbakar berhampiran BP MALL, Batu Pahat.

Di Kilometer (km) 259 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, PERAK (26 Disember 2022) – Kebakaran sebuah kenderaan di Kilometer (km) 259 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer.

Di Jempol, NEGERI SEMBILAN  (26 Disember 2022) – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di persimpangan empat lampu isyarat Bandar Sri Jempol.

Di Kota Tinggi, JOHOR (25 Disember 2022) - Berlaku kebakaran melibatkan sebuah sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110 cc telah terbakar 90%. 

Di Simpang Rengam, JOHOR (25 Disember 2022) - MPV jenis Hyundai Starex terbakar. Anggaran kemusnahan lebih kurang 75%. Kenderaan terbakar ketika sedang dipandu. Pemandu dan penumpang kenderaan dalam keadaan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL