[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid


[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166177

Kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia menjadi kejayaan cukup bermakna dan penting untuk negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi catatan di Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga kerajaan berjaya mempertahankan hak serta kedaulatan negara.

“Tahniah kepada pasukan Malaysia diketuai pengerusinya (Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Award itu diberikan oleh penimbang tara antarabangsa Dr Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu).

Sebelum itu, pada 6 Jun lepas, Malaysia melakar sejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Stampa dan memutuskan Stampa telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL