Posts

[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

Image
Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh  di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat  mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap. Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi. Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan. “Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Agong tak perkenan kerajaan batal Ordinan Darurat, kata Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin. Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya. Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B...

[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP - timbalan speaker - mari kita semak

Image
Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular. Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video. Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung. Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini. Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas. "T...

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis

Image
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini. Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. “Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka. “Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro. Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan ...

Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan

Image
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Nasri Mansor berkata, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini. Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan. Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam. Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran.

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

Image
1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk  persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan PAN! 2. Siapa sebenarnya yang kepanasan? Jika diperhalusi profil-profil Media Sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong PN terutamanya PPBM. Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap JKOM. 3. Apakah benar UMNO bekerjasama dengan PH (PKR,DAP atau PAN)? Pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan dan diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP. Juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15. 4. Apakah mungkin Jajaran Baharu dibentuk? Sebarang perubahan dasar yang diputuskan di Perhimpunan Agong  dan Majlis Kerja Tertin...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka...

Image
20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga minyak masak botol 8 Jun 2021: Kerajaan akan siasat kenaikan harga minyak masak botol setelah harga naik 3 kali ke RM34. 12 Feb 2021: Kerajaan akan rangka pelan ‘campur tangan’ selesai isu harga dedak 11 Jun 2021: Penternak makin tertekan setelah harga dedak naik 5 kali dalam tempoh enam bulan tahun ini ke paras tertinggi dalam sejarah. Sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah aktif dan masih dengan sikap untuk kaji, siasat dan rangka tanpa kesudahan, percayalah bahawa kadar inflasi tahun ii yang sudah mencanak bermula bulan Mac lalu akan semakin parah pada ketika pendapatan Rakyat sudah turun.