Posts

Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya

Image
Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164860 KANGAR -- Jumlah kes COVID-19 di Perlis bagi Minggu Epid ke-19 iaitu dari 7 hingga 13 Mei meningkat sebanyak 47 peratus atau 87 kes berbanding minggu sebelumnya. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) menerusi hantaran dalam Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, 83 ialah kes tempatan manakala empat lagi ialah kes import. "Sebanyak 51 kes (59 peratus) dikesan melalui saringan bergejala, 16 kes (18 peratus) dikesan melalui saringan survelan-sARI, lapan kes (sembilan peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, enam kes (tujuh peratus) dikesan melalui saringan individu disyaki, lima kes (tujuh peratus) saringan survelan-ILI dan satu kes (satu peratus) dikesan melalui saringan prakemasukan hospital," menurut hantaran itu.      JKNPs memberitahu 60 kes (69 peratus) berada di bawah permantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) manakala 27 kes (31 peratus) di bawah pem...

Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia

Image
Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164845 Panas melampau yang membakar bahagian Asia Tenggara bulan lepas sebahagian besarnya didorong oleh perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia, menurut analisis daripada pasukan saintis. Suhu yang melonjak melebihi 40C dari India dan Bangladesh ke Thailand dan Laos adalah sekurang-kurangnya 2C lebih panas daripada yang sepatutnya tanpa perubahan iklim, menurut penyelidik yang dikaitkan dengan World Weather Attribution initiative. Kejadian ekstrem seperti yang dilihat di Asia akan menjadi lebih kerap dan teruk sehingga pelepasan gas rumah hijau keseluruhan dihentikan, kata mereka. Gelombang haba terburuk yang melanda beberapa bahagian di Asia Tenggara dan Asia Selatan bulan lalu, adalah '30 kali ganda berisiko berlaku' akibat perubahan iklim yang dicetuskan manusia. kata para penyelidik. Beberapa bagian India mengalami suhu di atas 44C pada pertengahan April, dengan sekurang-kurangnya 11 ke...

30 orang cedera, 1 hilang dalam nahas bot laju di Phuket

Image
30 orang cedera, 1 hilang dalam nahas bot laju di Phuket BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164833 PHUKET: Tiga puluh orang, kebanyakannya pelancong Rusia, cedera dan seorang pelancong hilang selepas bot laju mereka naiki melanggar penanda saluran di Teluk Chalong pada petang Rabu 17 Mei 2024. Kemalangan itu berlaku ketika Thanathip Marine 555 membawa 33 pelancong Rusia pulang dari kepulauan Phi Phi ke Teluk Chalong pada kira-kira 5.30 petang, kata Nachapong Pranit, ketua marin wilayah itu.  Pemandu bot, pembantunya dan seorang pemandu pelancong turut berada di atas kapal itu. Siasatan awal mendapati pemandu bot yang dikenali sebagai Sathit Matchai mungkin telah mengantuk. Bot itu merempuh penanda saluran yang terletak kira-kira 700 meter dari jeti Chalong dan mengalami kerosakan teruk. Kira-kira 10 orang termasuk pemandu bot mengalami patah anggota badan. Dua orang dilaporkan mengalami kecederaan parah dan yang lain cedera ringan. Mereka dibawa ke tujuh hospital berbeza di pula...

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok

Image
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164822 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok, bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei lepas.  Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan berkata ia bagi mengiktiraf peranan penting generasi berkenaan kepada negara. "Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 19 Mei (esok) bertemakan ‘Belia Pewaris Negara Bangsa’.  “Baginda turut memperkenankan para pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak, pada 19 Mei (esok), “ kata Mohd Annuar. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/jRE9WmrdT6Q Mohd Annuar berkata susulan itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 24 nama pemimpin belia kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) u...

Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching

Image
Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164812 Firefly telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching bermula 16 Mei lepas. Firefly menerusi satu hantaran di Instagram rasminya mendedahkan selain Kuching, pihaknya turut menyediakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Sandakan. “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah memulakan operasi penerbangan terus pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Kuching, Tawau dan Sandakan,” menurut hantaran terbabit. Terdahulu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahan penerbangan terus ke Kuching itu akan merancakkan lagi kedatangan pengunjung luar ke negeri ini.

[VIDEO] Masjid Nabawi gerakkan lebih 1,000 pekerja pembersihan sehari ekoran ‘serangan’ belalang

Image
[VIDEO] Masjid Nabawi gerakkan lebih 1,000 pekerja pembersihan sehari ekoran ‘serangan’ belalang MADINAH, 17 Mei (Bernama) -- Pengunjung dan jemaah umrah yang kini berada di Kota Madinah, Arab Saudi bukan sahaja diuji dengan cuaca panas membahang tetapi juga berdepan gangguan longgokan serangga ekoran gelombang bermusim serangan belalang. Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Masjid Nabawi dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Haramain mengerakkan lebih 1,000 petugas pembersihan setiap hari dan sepanjang masa bagi memastikan masjid berkenaan sentiasa selamat dikunjungi. “Buat masa ini agensi menugaskan lebih 1,000 petugas pembersihan dan lebih 600 alat pembersih elektrik dan manual khusus untuk mengumpul serangga”, menurut kenyataan agensi itu yang disiarkan di laman sesawang rasminya hari ini. Kenyataan itu menyebut bilangan petugas akan ditambah dari semasa ke semasa dan kerja pembersihan serta pembasmian kuman giat dijalankan di Masjid Nabawi, termas...

Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara?

Image
Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164787 PHNOM PENH - Ke mana hala tuju arena sukan Malaysia? Persoalan itu pastinya berlegar-legar dalam fikiran bukan sahaja bagi peminat sukan tanah air, malah seluruh rakyat Malaysia susulan pencapaian terburuk kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang akan melabuhkan tirai secara rasmi hari ini. Menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan adalah pencapaian sangat mengecewakan bagi Malaysia sejak temasya sukan dwitahunan itu diperkenalkan pada 1959. Kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas saingan Sukan SEA Kemboja apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa. Lebih memalukan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Apa jua alasan atau rumusan akan diber...