Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata


Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159292 

  • Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68.
  • Paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi.
  • Jumlah dagangan merosot kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis.

Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah dan melepasi paras psikologi 1,500 hari ini, didorong oleh jualan berterusan secara menyeluruh, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 15.76 mata atau 1.04 peratus kepada 1,493.95 daripada 1,509.71 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68, yang menjadi paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 667 kepada 254 manakala 400 kaunter tidak berubah, 953 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis.

"Kami percaya sentimen pasaran akan terus berhati-hati dalam keadaan prestasi global yang lemah walaupun terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah.

Sementara itu Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan indeks akan diniagakan dalam julat 1,490 hingga 1,510 pada minggu depan, dengan paras sokongan segera pada 1,475 dan paras halangan pada 1,520.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 108.03 mata kepada 10,733.65, Indeks FBM Emas Shariah susut 111.51 mata kepada 10,997.24, FBM 70 berkurangan 112.61 mata kepada 13,113.58, FBM ACE turun 35.58 mata kepada 5,134.36 dan Indeks FBMT 100 merosot 105.15 mata kepada 10,429.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 101.58 mata kepada 16,420.13, Indeks Perladangan merosot 68.72 mata kepada 7,596.65 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.71 mata kepada 193.33.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.35 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 1.66 bilion saham bernilai RM1.70 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 400.01 juta unit bernilai RM65.98 juta daripada 300.45 juta unit bernilai RM55.52 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 509.05 juta saham bernilai RM158.21 juta daripada 923.57 juta saham bernilai RM302.22 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 196.74 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (431.19 juta), pembinaan (44.64 juta), teknologi (100.97 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.42 juta), hartanah (125.91 juta), perladangan (46.12 juta), REIT (5.04 juta), dana tertutup (34,000), tenaga (183.55 juta), penjagaan kesihatan (86.09 juta), telekomunikasi dan media (38.66 juta), pengangkutan dan logistik (25.17 juta) dan utiliti (22.08 juta).

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL