Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid


Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid

BACA di: https://pakdin.my/174025/

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama.

Ahmad Zahid berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas.

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan setakat ini.

“Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil yang menganggap segelintir pemimpin UMNO sebagai ‘barua’ DAP, Ahmad Zahid berkata, beliau mencabar Isham untuk menyuarakan semula pendapat itu pada mesyuarat MKT malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL