Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis


Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161215

KOTA KINABALU: Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor, melibatkan gabungannya dengan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim terbukti tepat, kata seorang penganalisis politik.

“Ia langkah politik yang bijak kerana GRS dan Sabah hanya mendapat manfaat daripada kerjasama itu, contohnya keputusan Putrajaya menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu,” kata Jeniri Amir.

Felo Majlis Profesor itu menjangkakan kerajaan persekutuan akan memulihkan lebih banyak hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perikatan Nasional kini menjadi pembangkang, yang turut dianggotai PAS. Parti itu tidak diterima di Malaysia Timur.

“Pemerintah pula terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kedua-dua gabungan itu berikrar akan memperkasakan Sabah dan Sarawak dan menawarkan kepada mereka perjanjian yang lebih baik, dan mereka mahu menunaikannya.”

Jeniri berkata Anwar tiada sebab untuk tidak memulihkan MA63 kerana ia akan memastikan kerajaan perpaduan pimpinan beliau teguh.

Anwar kelmarin mengumumkan Petronas akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas daripada Petronas kepada Sabah.

Beliau berkata lebih banyak isu berkaitan MA63 akan diselesaikan, dan butirannya akan diumumkan bulan depan.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung, berkata pengumuman Anwar itu sesuatu yang bagus untuk Hajiji, selaku ketua menteri Sabah.

“Sudah pastinya is sesuatu yang menggembirakan khususnya Sabah yang berusaha menuntut hak-hak di bawah MA63.

“Ia mencerminkan kesungguhan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Anwar yang menunaikan janji-janji bagi melaksanakan Borneonisasi serta penyerahan lebih autonomi kepada Sabah sebagai rakan sama rata dalam Persekutuan,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL