Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti


Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti

SUMBER: https://pakdin.my/158163 ..

Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021.

“Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

“Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini.

Terdahulu, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Ibu Pejabat parti, Menara Dato Onn.

Dalam mesyuarat tersebut turut dibincangkan juga berkaitan pembentangan Akta Anti Lompat Parti.

“Pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.

“UMNO berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya lagi.

Terdahulu menerusi Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung Mac lalu telah meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas PRU15 diadakan.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL