[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan


[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan

BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Perjanjian perolehan yang dicapai pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23), selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keupayaan pertahanan dan tahap kesiapsiagaan negara berada pada tahap optimum.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA ‘23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau antara negara dan kaedah untuk menggalakkan masa depan yang kukuh, stabil dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis penutupan LIMA ‘23 di pekarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad dalam pada itu, turut mengucapkan terima kasih kepada semua peserta LIMA ‘23 dan pempamer pada edisi ke-16 itu yang terus mengagumkan dengan kemajuan terkini dalam teknologi.


LIMA ‘23 dengan tema “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula Selasa lepas dan berakhir hari ini. LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025. 

Penganjuran tahun ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial).


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma