#PRNJohor - Kestabilan ekonomi dijanjikan bertepatan dengan hasrat rakyat Johor - Pdf File


#PRNJohor - Kestabilan ekonomi dijanjikan bertepatan dengan hasrat rakyat Johor - Pdf File

 Baca selanjutnya di: https://pakdin.my/155571 -

Membangunkan ekonomi Johor adalah keutamaan kepada Barisan Nasional (BN) dan atas dasar itulah Datuk Ir Hasni Mohamad menjanjikan kestabilan ekonomi di rantau itu seperti yang dinyatakan dalam manifestonya hari ini.

Menurut Ahli Mahlis Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan antara usaha BN empat tahun lalu adalah dengan termeterainya perjanjian di antara Aramco dan Petronas yang menjaminkan pelaburan berbilion ringgit.

“Datuk Hasni faham dan tahu bahawa untuk Johor kembali menjadi harimau ekonomi di rantau ini, kestabilan politik dan pengalaman serta track record kerajaan adalah satu perkara yang wajib dikembalikan ke negeri Johor dan Malaysia.

“Empat tahun lalu iaitu tepat pada hari ini, syarikat Aramco telah menandatangani perjanjian bersama Petronas berjumlah RM31 bilion untuk pelaburan Aramco di RAPID, Pengerang, Johor.

“Pelaburan berjumlah RM31 bilion ini adalah pelaburan yang paling terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya menerusi posting di Facebooknya hari ini.

Menurut Rahman lagi, sebenarnya jumlah RM31 bilion yang dilabur oleh Aramco itu hanyalah sebahagian dari jumlah keseluruhan pelaburan yang dijangka dilabur oleh syarikat-syarikat gergasi minyak dan gas dari seluruh dunia berjumlah AS27 bilion (RM119 bilion)

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab keatas rundingan antara Petronas dan Aramco, saya tahu Aramco mempunyai banyak pilihan lokasi pada ketika itu.

“Antara lainnya mereka boleh saja melabur di Singapura, Indonesia atau India. Tetapi Aramco akhirnya memilih Johor kerana mereka meletakkan nilai premium kepada faktor kestabilan politik, pengalaman kerajaan dan potensi pulangan keuntungan berasaskan prestasi ekonomi negeri Johor dan Malaysia,” katanya lagi.

Sehubungan itu ujarnya ia bertepatan dengan slogan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

“Itulah sebabnya kenapa Hasni dan Barisan Nasional menjanjikan “kestabilan demi masa depan” sebagai slogan dalam PRN Johor yang sedang berlangsung sekarang.

“Pada 12hb Mac nanti, pertimbangan inilah yang mesti dalam pemikiran bangsa Johor sewaktu mereka memangkah dalam pilihanraya negeri Johor.”

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma