PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid
PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid
BACA seterusnya di: pakdin.my/167138 -
Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan PRK Simpang Jeram supaya tidak terjebak dengan kempen 'tidak keluar mengundi' pada 9 September ini.
Pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang yang memainkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.
"Dari segi kebolehmenangan, tentunya kita harap pengundi UMNO yang kita kenali sebagai pegundi putih, (supaya) jangan terjebak dengan kempen termasuk penghuluran yang dipanggil sebagai 'sedekah' untuk tidak keluar mengundi.
"Mari kita sama-sama untuk keluar mengundi, kita ketepikan perbezaan parti yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui media dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Simpang Jeram Mini Ekspo Pendidikan Latihan Teknikal dan Vaksional (TVET) dan Keusahawanan Desa di Dataran Cenderwasih di sini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Ir. Nazri Abdul Rahman.
Dalam pada itu, beliau yakin Nazri mampu menjamin kebajikan penduduk di Simpang Jeram.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana Nazri yang pernah berkhidmat sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada penduduk di Muar, termasuk di Simpang Jeram selama ini.
"Saudara Nazri, seorang jurutera, seorang ahli profesional, yang sekarang ini sedang menyelesaikan doktor falsafah atau PHD, adalah seorang individu yang terlibat dalam Majlis Perbandaran Muar, beliau banyak membantu orang Muar, khususnya orang Simpang Jeram
"Saya yakin kalau beliau diberikan kesempatan, apabila beliau menjadi ADUN, bukan sekadar akan membantu menteri besar, (tetapi) saya yakin keutamaan beliau adalah untuk rakyat di Simpang Jeram.
"Rugi sekali rakyat di Simpang Jeram ini, jika tidak memilih beliau sebagai ADUN (pada) 9 September ini," katanya ketika berucap dalam majlis itu.
Tambah beliau, kestabilan politik adalah formula utama untuk kerajaan mengarap kemajuan di sesebuah kawasan dewan undangan negeri, sekali gus terus memperkukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri.
Comments
Post a Comment