Keadaan di Gaza makin huru-hara, ratusan penduduk mati setiap hari


Keadaan di Gaza makin huru-hara, ratusan penduduk mati setiap hari

BACA seterusnya: https://pakdin.my/174288

Memasuki hari ke-69 konflik di antara Palestin dan Israel dilihat semakin meruncing selain keadaan di Semenanjung Gaza sedang huru-hara akibat serangan Zionis tanpa henti sejak 7 Oktober lalu.

Wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq berkata ratusan penduduk Gaza dibunuh setiap hari selain sebahagian rakyatnya dilayan seperti binatang oleh tentera Israel sepanjang menjadi tahanan mereka.

“Ratusan orang awam yang dibunuh, dibogelkan, dan diculik oleh pasukan pendudukan Israel setiap hari.

“Mayat bergelimpangan di jalanan dan ramai keluarga masih tertimbus di bawah runtuhan, fasiliti hospital lumpuh tak tidak dapat berfungsi sepatutnya untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.

“Orang ramai telah dipaksa untuk mengebumikan orang tersayang di jalanan kerana mereka tidak dapat sampai ke tanah perkuburan kerana diserang selain tanah perkuburan sudah penuh atau telah dimusnahkan oleh Israel,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram malam tadi.

Sementara itu, pelajar bidang kewartawan dari Palestin, Dua’a Ayman Tuaima memberitahu bekalan makanan di Gaza sudah tidak mencukupi dan orang ramai terpaksa memakan apa sahaja untuk terus hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL