[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang


[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156967 -

RANTAU PANJANG - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.

Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.

“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.

“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.

Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

 


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma