LUAS kesan air keruh, punca aliran dari kepala air Sungai Kerling


LUAS kesan air keruh, punca aliran dari kepala air Sungai Kerling

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166643

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan aliran air keruh disyaki berpunca daripada kepala air hakisan tanah di hulu alur Sungai Kerling, Selangor semalam.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan penemuan aliran keruh yang tinggi sehingga 6,000 unit kekeruhan nephelometric (NTU) di Sungai Selangor bermula jam 10.30 pagi.

Susulan pengesanan itu, LUAS telah bergegas ke lokasi untuk siasatan di sepanjang Sungai Selangor.

“Hasil pemerhatian, penemuan awal LUAS mendapati terdapat kesan berlakunya aliran kepala air yang berkemungkinan dari hakisan tanah di hulu kawasan alur Sungai Kerling di dalam kawasan Hutan Simpan Gading pada jarak 37.4 km daripada lokasi penemuan kekeruhan.


“Pensampelan pihak LUAS di lokasi alur Sungai Kerling semasa siasatan adalah 357 NTU dan siasatan lanjut diteruskan ke hulu sungai berkaitan bagi mengenal pasti punca kekeruhan, “ ujarnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, LUAS turut mengaktifkan pelepasan air dari Sistem Pembesaran Sungai Hibrid (HORAS) 600 dan kolam sumber air alternatif di Bestari Jaya dengan jumlah keseluruhan 900 juta liter sehari (JLH) bagi meningkatkan kadar pencairan di Sungai Selangor.

Sementara itu dua pintu di Baraj Bestari Jaya juga dibuka bagi mempercepatkan pencairan dan aliran keluar air kelodak ke hilir Sungai Selangor.

Tambah Loy Sian, bermula jam 5.55 petang semalam, bacaan kekeruhan di Sungai Selangor telah kembali menurun di bawah 1000 NTU dan dijangkakan akan terus menurun sehingga ke bacaan normal.

Ujarnya pemantauan akan terus dilaksanakan di tapak sehingga isu kekeruhan ini selesai dan keadaan Sungai Selangor kembali normal.




Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma