Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor


Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166389

HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023).

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya.

"Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa.

"Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu.

"SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya.

Semalam, media melaporkan Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.

.........

Ahmad Ammar mahu ambil selipar terjatuh

Hulu Selangor: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya.

"Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa.


"Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu.

"SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya.

Semalam, media melaporkan Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL