Posts

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 6

Image
NISBAH HUTANG SEMASA NEGARA BERBANDING KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) (Debt-to-GDP Ratio) "Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 53.4% sekarang?"

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 5

Image
NISBAH HUTANG BANK TAK BERBAYAR Non-Performing Loan ratio (NPL) Nisbah NPL: Peratus hutang kepada bank yang tidak mampu dibayar balik oleh peminjam bank.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK SEMAKAN KES LIWAT ANWAR - KEKAL DIPENJARA LIMA TAHUN

Image
PUTRAJAYA - Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakannya. Bekas Ketua Pembangkang itu gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tersebut yang dikekalkan oleh satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu. Setakat ini, beliau telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan. Panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mencapai keputusan sebulat suara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu. Pada peringkat ini, keputusan tersebut menoktahkan perjalanan kes liwat II wakil rakyat pembangkang itu yang berlarutan selama lapan tahun bermula dengan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya pada 28 Jun 2008. Yang turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zah...

13,700 DI SINGAPURA DIBERHENTIKAN, PALING TINGGI SEJAK 2009

Image
PakaTun kata ekonomi Singapura lebuh baik dari Malaysia dan Malaysia Negara muflis. Sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun, lapor Channel NewsAsia. Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran buruh suku tahunan, menandakan kenaikan jumlah pekerja yang diberhentikan berbanding 10,220 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas. Angka itu dikatakan yang tertinggi sejak 9 bulan pertama tahun 2009 yang menyaksikan 21,210 orang diberhentikan kerja. MoM berkata bagi suku tahun ketiga, terdapat 4,220 pekerja berlebihan, berbanding 4,800 dalam suku sebelumnya dan 3,460 orang dalam suku yang sama tahun lepas. Laporan itu berkata 73% daripada warga singapura yang diberhentikan terdiri daripada profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik. Sebahagian besar yang diberhentikan juga memiliki kelayakan tertiari. "Penguncupan jumla...

‘DATUK’ DISYAKI DALANG UTAMA KES BUNUH BILL KAYONG DITAHAN SETELAH DIUSIR DARI CHINA

Image
Seorang Datuk yang disyaki perancang utama pembunuhan Bill Anak Kayong ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Menurut polis, Datuk Stephen Lee Chee Kiang ditahan Kementerian Keselamatan Awam Republik Rakyat China di Fujian semalam dan diusir keluar ke Malaysia. Stephen diiring pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar. "Syabas JSJ Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter malam tadi. Media melaporkan ahli perniagaan itu melarikan diri ke luar negara dan diburu Interpol selepas meninggalkan Malaysia beberapa hari selepas pembunuhan. Bill, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri. Beliau merupakan Setiausaha PKR Cabang Miri. "Suspek akan dii...

LELAKI HILANG KETIKA MENCARI SIPUT DI SUNGAI STUBAH, KANOWIT

Image
BINTANGOR: Seorang lelaki hilang ketika mencari siput di Sungai Stubah di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Clement Guntur, 43, dari Rumah Panjang Bala dikatakan ke kawasan itu sebelum kali terakhir dilihat pada jam 7 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, berkata  mangsa disedari hilang selepas perahunya ditemui hanyut pada jam 11 pagi oleh penduduk kampung. Bimbang dengan keselamatannya, bapa mangsa, Guntor Unow, 63, tampil membuat laporan di Balai Polis Bintangor. "Susulan itu, bomba dengan kekuatan enam orang anggota diketuai PBK II Mohamad Mahmud bergerak ke lokasi kejadian menggunakan bot untuk mencari dan menyelamat mangsa. "Pihak bomba menjalankan operasi mencari di sekitar tebing sungai itu. Bagaimanapun, sehingga jam 6.18 petang semalam, mangsa gagal temui," katanya. Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan semula pagi ini dengan tumpuan di sepanjang tebing sungai berkenaan.

PAKATUN KATA MALAYSIA MINTA BANTUAN CHINA MENGATASI KRISIS EKONOMI - BILA MASA MALAYSIA ALAMI KRISIS EKONOMI?

Image
Malaysia tidak menghadapi krisis ekonomi. Tidak seperti tahun 1998, tidak ada kejatuhan pasaran saham sehingga 80%, bank-bank kita adalah sangat menguntungkan dan tidak muflis, tiada pemberhentian pekerjaa besar-besaran, kita tidak mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif tetapi pertumbuhan KDNK positif sekarang dan tidak ada keperluan untuk peubuhan Danaharta atau Danamodal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat di Malaysia. Pengikut PakaTun kini menyebarkan propaganda di media sosial bahawa kita meminta China untuk membantu untuk mengatasi "krisis ekonomi" negara dan berkata akan ada harga yang perlu dibayar. MENGARUT!!!!! Pertama, Malaysia tidak menghadapi krisis ekonomi. Tidak seperti tahun 1998, tidak ada kejatuhan pasaran saham sehingga 80%, bank-bank kita adalah sangat menguntungkan dan tidak muflis, tiada pemberhentian pekerjaa besar-besaran, kita tidak mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif tetapi pertumbuhan KDNK positif sekarang dan tidak ada kep...