HULU SELANGOR – Dua maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kemalangan membabitkan 11 kereta dan tiga lori. Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat. "Setakat ini dua disahkan maut manakala lima lagi cedera. "Pihak kami kini sedang giat membantu menyelamatkan mangsa lain," katanya. Sementara itu, semua lorong laluan ke ibu negara mengalami kesesakan berikutan kerja menyelamat sedang dijalankan dan pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif. Laporan kemalangan maut bersabit Trafik Hulu Selangor Rpt: 4014 /16. Di Km 405.8 LRUS arah Selatan. Tarikh/Waktu rpt : 23/6/2016 @ 0945 hrs. Tarikh/Waktu kejadian 23/0...
Petikan dari akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily ... Apabila saya berkempen untuk BN dengan rakan-rakan Gerakan saya di kawasan Cina Kuala Kangsar dan perkampungan nelayan Sungai Besar, ramai pengundi Cina secara peribadi memberitahu saya bahawa mereka bosan dengan DAP dan Pakatan Harapan dan mereka mahu menggunakan undi mereka untuk mengajar DAP dan DAP yang disokong Parti Amanah Negara (PAN) perlu di ajar. Orang Cina tempatan memberitahu saya bahawa DAP telah menggalakkan budaya kebencian dan tentera siber "red bean" mereka telah memburukkan pemimpin negara kita. Mereka menang gilang-gemilang pada pilihanraya umum lalu apabila orang cina memberikan mereka undi tetapi mereka hanya tahu bagaimana untuk mempromosikan budaya kebencian dan tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan tempatan. Pengundi mengharapkan betapa perlunya untuk meningkatkan ekonomi negara dan tidak hanya dengan perang mulut dan menggalakkan budaya kebencian. Apabila saya berja...
Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri [LINK: https://pakdin.my/?p=153341 ] Perak,PerakTindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru dilancarkan pada 21 Dis lepas, tidak memberi kesan kepada kestabilan kerajaan negeri. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana ketiga-tiga ADUN tersebut tidak menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan hanya bertukar parti. “Selagi kerajaan ada kerusi yang mencukupi, tidak ada apa kesan sebab sekarang kita ada 36 kerusi yang menyokong kerajaan sedia ada. Tiga ADUN itu mengatakan mereka hanya tukar parti dan tidak menarik sokongan pada kerajaan negeri jadi ia tidak memberi apa-apa kesan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek pecah tanah kerja naik taraf Jalan Tambun di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Tiga wakil rakya...
Comments
Post a Comment