LELAKI HILANG KETIKA MENCARI SIPUT DI SUNGAI STUBAH, KANOWIT

BINTANGOR: Seorang lelaki hilang ketika mencari siput di Sungai Stubah di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Clement Guntur, 43, dari Rumah Panjang Bala dikatakan ke kawasan itu sebelum kali terakhir dilihat pada jam 7 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, berkata  mangsa disedari hilang selepas perahunya ditemui hanyut pada jam 11 pagi oleh penduduk kampung.

Bimbang dengan keselamatannya, bapa mangsa, Guntor Unow, 63, tampil membuat laporan di Balai Polis Bintangor.

"Susulan itu, bomba dengan kekuatan enam orang anggota diketuai PBK II Mohamad Mahmud bergerak ke lokasi kejadian menggunakan bot untuk mencari dan menyelamat mangsa.

"Pihak bomba menjalankan operasi mencari di sekitar tebing sungai itu.

Bagaimanapun, sehingga jam 6.18 petang semalam, mangsa gagal temui," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan semula pagi ini dengan tumpuan di sepanjang tebing sungai berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL