Zaman Dr M, jika cakap benar masuk penjara

Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Makkal Sakti Datuk RS Thanenthiran menyifatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak lebih bebas bersuara, berbeza semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Menurut Thanenthiran, jika seseorang bercakap benar semasa pemerintahan Dr Mahathir mereka pastinya akan disumbat dalam penjara, tapi perkara itu tidak berlaku semasa Najib mentadbir kerajaan sekarang.

"Saya percaya bahawa pada masa Tun, ramai yang dihantar ke penjara kerana bersuara untuk apa (mereka percaya) yang betul," katanya.


Beliau berucap semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia ke-8 di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur pada Ahad.


Beliau juga mendakwa Dr Mahathir sudah hilang akal dan mahu orang mengikut telunjuknya sahaja.


"Saya percaya Mahathir sudah hilang akal.


"Dia mahu kembali selepas pemerintahan kuku besi 22 tahun.


"Saya yakin rakyat Malaysia tidak bodoh… Selepas 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau sekarang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang adalah pemimpin yang lebih demokratik," dakwanya.


Selari dengan itu, beliau menggesa Dr Mahathir supaya berundur dan membenarkan Najib untuk terus memimpin negara ini dengan cara yang lebih demokratik, ke arah mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju seperti yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri itu.

Mesyuarat hari ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL