KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1"

KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1"
OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN

1 September 2016

1. Seperti yang telah saya beritahu kepada BBC, ia adalah jelas bahawa apa yang dikenali sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut oleh DoJ AS adalah Perdana Menteri kita.

2. Ramai yang lain juga disebut oleh DoJ. Tetapi, secara kritikalnya, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek dalam siasatan.

3. Seperti yang mana-mana peguam akan mengesahkan, perbezaan di antara dinamakan sebagai subjek dalam tuntutan mahkamah sivil, dan semata-mata disebut dalam penyiasatan, adalah berbeza sama sekali.

4. Tun Mahathir Mohamad dan sekutu barunya dalam pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua itu untuk memperdaya rakyat Malaysia. Protes gagal yang dianjurkan oleh proksi-proksi mereka yang mempersoalkan identiti MO1 adalah tidak relevan, kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.

5. Sementara itu, selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa, Perdana Menteri kita telah dibersihkan daripada sebarang salah laku. Jadi, bukti-buktinya adalah jelas. Dan cubaan Tun Mahathir akan gagal sekali lagi - sama seperti semua percubaannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang telah dipilih secara demokrasi yang telah gagal teruk.

Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma