Galaxy Note 7 tak boleh diguna dalam Maswings

Maswings Sdn Bhd, milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan atas sebab keselamatan.


Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.


"Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah dibuat pemeriksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad, yang turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.


Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.


Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL