Siti Noor Radiah Sumbang Pingat Gangsa #ParalympicsRio2016

Atlet paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail menambah koleksi pingat keempat buat negara apabila menamatkan acara lompat jauh T20 wanita di tempat ketiga pada malam Khamis.

Siti Noor Radiah, 22, menamatkan lompatan dengan catatan sejauh 5.20 meter.

Seorang lagi atlet negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin menamatkan lompatan di tempat keempat dengan perbezaan jarak 0.29m.

Pingat emas menjadi milik Mikela Ristoski dari Croatia yang melakukan lompatan sejauh 5.79 meter.

Atlet Poland, Karolina Kucharczyk pula menduduki tempat kedua apabila menamatkan lompatan dengan catatan 5.55 meter.

Terdahulu pingat emas pertama negara diperoleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara larian pecut 100 meter T36.

Selepas itu, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang emas kedua menerusi acara lontar peluru sebelum Abdul Latif Romly melengkapkan emas ketiga dalam acara lompat jauh T20 lelaki.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma