Video: Abdul Latif Romly pecah rekod 3 kali dalam lompat jauh T20 Paralympics Rio 2016.

Abdul Latif Romly, atlit lompat  jauh T20 Malaysia menambah koleksi pingat emas di kejohanan sukan Paralympics Rio de Janeiro 2016. Beliau juga berjaya memadamkan rekod dunia dalam acara tersebut. 

Percubaan pertama beliau dibatalkan tetapi bangkit pada percubaan kedua dengan jarak 7.47m memecahkan rekod dunia. 

Pada percubaan ketiga sekali lagi memecahkan rekod dengan lompatan sejauh 7.54m

Pada percubaan  terakhir menambah lagi jurang jarak kepada 7.60m ubtuk memenangi  pingat emas sekaligus memadam rekod dunia pada kejuaraan Paralympics Rio 2016.

Ia adalah emas ketiga negara hari ini selepas Muhammad Ziyad Zolkefli meraihnya menerusi acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy).

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL