APA YANG TIDAK DIDEDAHKAN OLEH KHAIRUDDIN, KEJADIAN SEBENAR KETIKA MAHATHIR MENGADAP AGONG

Kisah Mahathir mengadap Agong semalam merupakan satu malapetaka dan jika orang tua itu tahu apa yang akan berlaku dia tidak akan menjadi begitu teruja untuk mengadap. Agong sangat cekap meletakkan Mahathir di tempatnya dan meninggalkan orang tua itu tiada ruang untuk keluarkan dirinya daripada perangkap.

Tun Dr Mahathir Mohamad merungut kononnya dia tidak dibenarkan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kerana baginda di bawah tahanan rumah. Untuk sekian lama Mahathir memohon untuk mengadap Agong dan akhirnya, hari ini, beliau telah mendapat perkenan.

Jika Mahathir tahu apa yang akan berlaku dia mungkin tidak akan begitu teruja mengadap dan tidak akan meraikan 'kejayaan' beliau awal. Pertemuan itu tidak menjadi sepertimana yang diharapkan oleh Mahathir atau menjadi seperti yang dirancang sebaliknya apa yang berlaku beliau terpaksa pulang dengan kekesalan dan rasa tersilap langkah.

Sudah tentu, bahagian ini tidak akan diberitahu oleh Khairuddin Abu Hassan kepada sesiapa. Khairuddin terpaksa berpura-pura bahawa ini adalah satu kemenangan bagi bossnya sedangkan Mahathir meninggalkan Istana dengan rasa terhina kerana dimalukan dan marah kerana dia secara tidak sedar masuk ke dalam perangkap tanpa mengesyaki bahawa upacara mengadap itu merupakan perangkap.

Perkara pertama yang ditanya oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kepada Mahathir apabila beliau menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' dengan 1.4 juta tandatangan adalah sama ada beliau dapat menjamin bahawa semua tandatangan adalah tulen. Mahathir jelas tidak bersedia untuk soalan tersebut ini dan tidak merangka jawapan terlebih awal membuat beliau agak terkejut dan terdiam seketika, untuk beberapa minit. Anda boleh melihat bahawa Mahathir mula mencari jawapan dan akhirnya, selepas terdiam beberapa ketika, beliau menjawab dan ini adalah jawapan beliau.

Antara jawapan beliau, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjamin apa-apa kerana beliau  bukan orang yang mengumpulkan tandatangan tetapi dilakukan oleh orang lain dan ini adalah apa yang telah mereka serahkan kepadanya.

Agong kemudian hanya memberikan senyuman sinis kerana cara Mahathir menjawab tidak meyakinkan dan sudah tentunya tiada kesungguhan. Seri Paduka Baginda kemudian melihat Mahathir yang hanya memandang ke bawah dan tidak menyentuh  lebih lanjut mengenai 'Deklarasi Rakyat' atau 1.4 juta tandatangan.

Kemudian Mahathir sedar sebab apa dia berjaya mendapatkan perkenan mengadap Agong apabila baginda bertanya sama ada Mahathir masih merasakan baginda sedang berada di bawah tahanan dalam rumah (under house arrest) . Mahathir tiba-tiba tersedar bahawa Agong berkenan menerima beliau mengadap untuk memberitahu yang baginda tidak berada di bawah tahanan dalam rumah.

Selepas itu Agong menukar subjek dan bercakap tentang perkara-perkara lain, kebanyakannya bercakap perkara kecil. Baginda enggan membenarkan Mahathir untuk bercakap mengenai politik atau yang berkaitan politik seperti 1MDB, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atau 'Deklarasi Rakyat '.

Ia adalah jelas swlain bermaksud menunjukkan atau menimbulkan persepsi orang ramai, upacara mengadap Mahathir merupakan satu malapetaka dan tidak memenuhi objektif, untuk mendapatkan campur tangan atau penglibatan Agong bertujuan untuk menggulingkan Najib.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Salleh Said Keruak, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain meneruskan Deklarasi Rakyat. Jika tidak, dia akan kehilangan rasa terhina sepanjang hayatnya. Itulah sebabnya dia mesti menyerahkannya 'Deklarasi Rakyat'  dengan 1.4 juta tandatangan kepada Agong.

Sekarang Mahathir boleh bercakap mengenai kejayaan walaupun kejayaan yang sebenarnya adalah semata-mata mengadap Agong tanpa mendapat sokongan daripada Agong dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Tetapi ini adalah politik, politik pelbagai cara  – permainan persepsi untuk membuat ia kelihatan seperti anda memenang walaupun kalah. Dan dalam hal ini Mahathir memang sangat licik, menjadikan ia kelihatan seperti anda telah berjaya walaupun anda telah gagal. Dan itu melibatkan kos sebanyak RM200 bilion kerana Mahathir 'berjaya' dalam membangunkan Malaysia datang pada harga yang sangat tinggi sekali.

Baca seterusnya disini

http://bit.ly/2cHc7ju

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma