BERSATU DITUBUHKAN KERANA PEMBANGKANG LEMBIK MACAM PONDAN - Dr M

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini secara prinsip meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan akronim PPBM, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kelulusan rasmi hanya akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada ROS.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis, beliau berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan ROS, sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.

"Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai Bersatu tetapi selepas pihak ROS membuat semakan nama itu telah banyak digunakan oleh parti dan pertubuhan lain.

"Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan ROS meluluskannya seperti yang dipohon," katanya, sambil menambah nama Bersatu telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.

Kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama Bersatu bagi mempromosikan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.

"Sekiranya mereka masih menggunakan nama Bersatu tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu di ROS.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma