Jambatan Batang Sadong beri manfaat lebih 50,000 penduduk - Najib
Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer (km) telah siap dibina dan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, itu merupakan satu daripada banyak lagi pembangunan yang akan terus dilakukan kerajaan di Sarawak bagi rakyat negeri itu.
"Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km di Sarawak itu mula dibina pada 2011. Saya membuat tinjauan pada Januari lalu bagi melihat sendiri projek yang saya luluskan," katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya, hari ini.
Najib yang melahirkan kegembiraannya dengan siapnya jambatan tersebut turut memuat naik gambar yang diambilnya sewaktu meninjau projek tersebut pada 31 Januari lalu.
Jambatan yang merentasi Sungai Batang Sadong itu merupakan jambatan terpanjang di Sarawak dan telah mula dibina pada Julai 2012 dengan kos RM211.3 juta.
Comments
Post a Comment