Lelaki hilang di Kampung Stungkor Lama ditemui mati tergantung enam meter dari tanah di Lundu

LUNDU: Dua hari selepas dilaporkan hilang, seorang lelaki dijumpai maut tergantung di kawasan hutan berhampiran Kampung Stungkor Lama, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, mangsa ditemui sekitar jam 11.30 pagi tadi, kira-kira 2 kilometer dari rumahnya di Kampung Stungkor Lama.

"Ketika dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan tergantung di dahan pokok yang berketinggian kira-kira enam meter dari tanah.

"Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Rommy Lego, 25 tahun.

Menurut Chee Keong, mayat kemudian dibawa keluar sekitar jam 2 petang tadi dan dihantar ke Hospital Lundu untuk proses bedah siasat.

"Ketika ini kita mengklasifikasikan kematian ini sebagai mati mengejut," jelasnya lagi.

Pada petang semalam, mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya yang berusia 48 tahun setelah keluar dari rumahnya untuk memeriksa bubu di Sungai Stum.

Berikutan laporan tersebut, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan melibatkan tujuh anggota polis, lapan anggota Bomba dan Penyelamat dan 30 penduduk kampung.

Untuk tujuan tersebut, Balai Bomba dan Penyelamat Lundu turut menggerakkan dua aset iaitu pacuan empat roda dan sebuah van untuk kerja-kerja SAR.

Punca kata Chee Keong masih dalam siasatan. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL