LELAKI BERJALAN BOGEL DI PUSAT BELI-BELAH

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bertelanjang bulat dilihat berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Sekeping gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang yang mendedahkan punggungnya.

Pengguna Twitter, shamxykamal menulis: "Di sebuah pusat beli-belah, ada seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel."

Jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat.

"Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera.

"Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian," kata jurucakap itu kepada The Star.

Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu.

"Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami).

"Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas tiada kad pengenalan diri," kata jurucakap itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL