Posts

Showing posts from April, 2022

[Video] Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit buloh, hanya kerana banjir besar pada Mac

Image
[Video] Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit buloh, hanya kerana banjir besar pada Mac Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158315   - Ayat biasa lepas kes tular… rompak harta rakyat, negara dah merdeka, tak ada kemajuan…  Sedangkan bukan setiap hari semenjak dari merdeka mereka menggunakan “zip line” ataupun rakit buloh tetapi ekoran jambatan yang mereka biasa gunakan untuk ke sekolah telah runtuh akibat banjir besar di Nabawan pada bulan Mac tempoh hari.  Rujukan - https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/10/lima-kampung-di-nabawan-digenangi-banjir? Tidak ada tindakan ke?  Ada dan sedang disegerakan malah Ahli Parlimen telah turun dan sedang menyelesaikan perkara ini, malah Perdana Menteri juga maklum dan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan di beberapa kawasan tersebut.  Sumber -  https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2076789 Di mana lokasinya?  Nabawan ni merupakan sebuah daerah di kawasan pedal...

[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan

Image
[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158303   - KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan cedera ringan dalam satu kebakaran yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan Sentul, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 itu berpunca dari stor simpanan bunga api yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini hari ini. Ia turut tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan. Katanya, mereka cedera ketika menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di stor berkenaan. "Tiga lelaki yang berasal dari Sabah ini diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api yang dilakukan kami pada jam 3 petang tadi. "Ketika membersihkan kawas...

[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam

Image
[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158299   - JAKARTA – Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, (BMKG) Dwikorita Karnawati mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami dalam masa terdekat, lapor laman berita Kompas, kelmarin. Dwikorita meminta penduduk yang tinggal di pantai selatan Jawa dan Sumatera supaya peka dengan pembentukan ombak tsunami terutama pada waktu malam. Amaran ini disampaikan berikutan peningkatan status aktiviti Gunung Anak Krakatau daripada berjaga-jaga (tahap II) kepada berwaspada (tahap III). “Kehadiran ombak tsunami sukar untuk dikesan atau disedari pada waktu malam yang gelap maka saya minta agar penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga,” kata Dwikorita. Beliau berkata BMKG bersama Pusat Vulkanologi Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) akan terus memantau paras laut dari masa ke semasa. Pemangku Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Ben...

Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis

Image
Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158295   .. Semua ahli politik yang disebut dalam minit mesyuarat merujuk kepada dokumen yang dkenali sebagai “PAS leak” akan dipanggil polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu. “Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur akan memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam dokumen tersebut untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. Bagaimanapun, Azmi tidak menjelaskan secara lanjut tarikh dan masa ahli politik terbabit akan dipanggil. Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat PAS itu adalah cubaan untuk meretakkan hubungan antara parti Melayu. Katanya, tindakan itu merupakan suatu perbuatan tidak bertanggungjawab. Idris mendakwa tindakan menyebarkan tangkap layar dokumen itu juga dilihat bertujuan meraih perhatian rakyat. Pada hari sa...

Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks

Image
Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158285   .. SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar. Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras. Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya. Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini. CUBA CAMPURTANGAN DALAM UMNO. Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama. Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpina...

[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak

Image
[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158280 ... HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. Mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter (m) di tepi cerun bukit. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu mangsa yang dijumpai kira-kira jam 4.50 petang didapati patah kaki dan mengalami pendarahan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang, sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi. "Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui trek 'hiking' sejauh 100m dari tapak 'take off' B...

Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar

Image
Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158274 ... "Apakah kandungan 'Pas Leak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pas Leak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius. "Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu. 'Pas Leak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini. Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) te...

Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan

Image
Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158270 ... Polis mengesahkan telah menerima dua laporan berkaitan klip video tular yang mendakwa anggota polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan yang dibuat oleh seorang lelaki dan anggota polis berkenaan. "Masing-masing mendakwa mengalami kecederaan ringan semasa proses tangkapan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Menurutnya, satu video klip berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan. "Kita telah menjalankan siasatan terhadap kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. Baharudin berkata, orang rama...

[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti

Image
[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158263 .... ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa cukai yang enggan berhenti selepas merempuh kereta peronda polis (MPV) di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.12 petang itu lori berkenaan dikejar jauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay sebelum berjaya ditahan di susur Tol Lima Kedai di sini sejam kemudian. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai, dalam kejadian jam 1.12 petang itu. Katanya, tiga MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40-an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini. "Sebelum berjaya ditahan, lori berkenaan melanggar sebuah MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi t...

Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa

Image
Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158259 ... Imam merangkap Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al Kiswani memaklumkan wang sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 telah digunakan untuk baik pulih infrastrukur dan kawasan masjid berkenaan. Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau melakukan panggilan video bersama Sheikh Omar, semalam. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada keprihatan rakyat Malaysia khususnya UMNO terhadap nasib yang sering menimpa umat Islam di sana dan ke atas Masjid Al-Aqsa itu sendiri. “Beliau mengingatkan kembali sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 kepada pihak Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang telah mereka gunakan sepenuhnya untuk membaik pulih dan menambah fasiliti di kawasan masjid. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan di atas panggi...

[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri

Image
[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri   Seterusnya di:  https://pakdin.my/158254 .... Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya dalam satu kejadian di Kota Damansara  di sini, Selasa lalu. Muhammad Radhi Razali, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, pukul 2.29 petang, 19 April lalu di parkir sebuah kondominium di Kota Damansara di sini. Penyanyi kumpulan rock alternatif itu tiba di pekarangan mahkamah pukul 8.53 pagi menaiki van polis. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan  RM2,500 beserta syarat tambahan saksi-saksi tidak diganggu sepanjang perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes bagi serah...

#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir

Image
#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158250   ... Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mempersoal kandungan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai ‘strategi PAS’. Katanya, ini kerana terdapat satu perenggan di salah sebuah muka surat tersebut menyebut bahawa terdapat konspirasi di antara pemimpin politik serta badan undang-undang dan kehakiman negara. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat ‘TSMY’, maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan peguam negara (AG) dan hakim negara (CJ). “Jika betul, sudah berlaku kerosakan sistem kehakiman negara. Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku. ‘TSMY’ ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan. AG, seperti biasa, diam seperti… (gunakan apa sahaja perkataan yang sesuai tapi jangan tuliskannya). “CJ? Dulupun dah buat laporan polis tapi um...

Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis

Image
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158244 ... Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh presiden Umno itu. Menurut peguam ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan kandungan dokumen dibocorkan di media sosial yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”. Katanya, frasa itu jelas merujuk kepada pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. “Laporan polis akan dibuat dan kami meminta pihak yang relevan membuat siasatan menyeluruh sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman,” katanya dalam kenyataan. Ahad lalu, beberapa...
Image
Minit mesyuarat bocor: Serah kepada rakyat, ahli UMNO buat penilaian.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158240 ...  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada rakyat dan ahli UMNO untuk menilai sendiri berkenaan dokumen minit mesyuarat atau digelar PasLeak yang tular di media sosial pada Selasa. Menurutnya, laporan itu memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman melibatkan kes mahkamah beliau dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat Muhyiddin, maka ia membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim Negara). “Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem 'judiciary' (badan kehakiman) dan kehakiman negara. “Saya berserah hanya kepada ALLAH SWT, tiada daya dan keku...

[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi

Image
[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi Seterusnya:  https://pakdin.my/158234 ... "Ketika itu terdapat enam mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan di lebuh raya itu." Nibong Tebal: "Sedih melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya," kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi hari ini. "Sedih sangat melihat kejadian itu terutamanya kanak-kanak tidak berdosa," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, seorang daripada penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit. Dalam kejadian pada 4.30 pagi hari ini, seramai 528 daripada 663 tahanan di depot itu bertindak melarikan diri. Kemalangan itu dikatakan berlaku pad...

Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari

Image
Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari Seterusnya:  https://pakdin.my/158226 ... KLANG - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perintah reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Klang pada Khamis. Katanya, suspek yang berumur 45 tahun itu diberkas pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang. "Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Klang dan dikenakan reman selama lima hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari. Remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji...

Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah

Image
Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah Seterusnya:  https://pakdin.my/158222 .. JERTIH: "Kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk berpindah ke rumah lain, tapi suami tetap tidak boleh naik masuk rumah kerana sikap panas baran dan pelupanya tidak berubah," kata Wan Zaidah Wan Bakar isteri kepada guru Azhar Nor, 56, yang didakwa menghidap penyakit misteri. Wan Zaidah, 53, yang kini bertugas di pejabat Jabatan Pertanian di Lundang, Kelantan mengakui suami tetap tidak boleh naik ke rumah walaupun sudah berpindah ke rumah baru. "Perwatakan suami tetap tidak berubah apabila terus menjadi bengis dan panas baran serta pelupa. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) walaupun kami sudah berpindah ke rumah baharu," katanya selepas dikunjungi Pengerusi KETENGAH, Datuk Razali Idris, semalam. Kisah guru ini yang terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai kediaman hampir setahun lalu pernah dilaporkan...

Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri

Image
Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri Seterusnya di:  https://pakdin.my/158218 .... JAKARTA: Hampir kesemua penduduk di kepulauan Jawa, Indonesia, kini mempunyai antibodi menentang COVID-19, hasil program vaksinasi dan juga kadar jangkitan tinggi sebelum ini. Berdasarkan kajian dilakukan pihak berkuasa kesihatan Indonesia pada Mac lalu membabitkan 2,100 calon, hampir 99.2 peratus daripadanya mempunyai antibodi COVID-19, iaitu peningkatan enam peratus berbanding kaji selidik pada Disember tahun lalu. Pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono, yang melakukan kaji selidik itu bersama Kementerian Kesihatan, memberitahu Reuters bahawa tahap antibodi penduduk dalam kaji selidik kali ini lebih tinggi berikutan pemberian suntikan dos penggalak. Jumlah kes jangkitan coronavirus di Indonesia menurun mendadak sejak kemuncak direkodkan pada Februari lalu berikutan penularan varian Omicron. Kira-kira 60 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu sudah menerima...

[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya

Image
[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya Seterusnya di:  https://pakdin.my/158212 NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) -- Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. "Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan. “M...

[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk

Image
[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk SUMBER:  https://pakdin.my/158207 ... KLANG: Seorang remaja perempuan berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang. Difahamkan, suspek adalah lelaki tempatan dan dalam keadaan mabuk ketika memasuki kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.08 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun sedang bekerja sendirian di kedai serbaneka itu sebelum didatangi suspek. "Suspek meminta wang daripada mangsa dengan alasan dirinya dirompak bagaimanapun remaja terbabit memaklumkan kedai berkenaan tidak ada wang. "Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengeluarkan senjata iaitu gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa. Susulan takut dicederakan, mangsa membuka laci tempat simpanan duit dan menyerahkan kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, susulan kejadian...

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan

Image
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan SUMBER:  https://pakdin.my/158202 ... KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu. Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian didakwa pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan. Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. "Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan. "Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut. ...

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana ...

[Video] Pemandu selamat, lori terbakar

Image
[Video] Pemandu selamat, lori terbakar SUMBER:  https://pakdin.my/158192 ... KOTA BELUD: Lelaki nyaris rentung apabila lori 10 tan membawa muatan pasir dipandunya terbakar di Jalan Tenghilan-Kota Belud berhampiran Bukit Kelawat, di sini, hari ini. Dalam kejadian 12.50 tengah hari, pemandu berusia 40-an terbabit sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kepulan asap hitam keluar dari bahagian hadapan lori. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari. Menurutnya, sembilan anggota termasuk empat pegawai bomba bantuan (PBB) dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS. "Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan operasi memadam api dan kebakaran itu mengakibatkan bahagian hadapan lori berkenaan musnah 100 peratus. "Pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan api berjaya dikawal pada 1.30 tengah hari," katanya. Katanya, setakat ini punca kej...

Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan

Image
Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan SUMBER:  https://pakdin.my/158188 ..... Akar umbi UMNO lebih mengenali perwatakan setiap pemimpin parti dan tidak mudah dikelirukan, tegas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad. “Kami (akar umbi) sangat mengenali perwatakan setiap pemimpin parti, dari mereka yang menangi sehingga kepada mereka yang kalah dalam pertandingan parti,” bidasnya. Beliau berkata demikian susulan daripada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai pengerusi BN. “Bila yang menang cakap, kami anggap ia dicakapkan dengan penuh tanggungjawab. Bila yang tak menang tu bercakap, kami dengar dengan teliti,” katanya menerusi catatan di Facebook. Terdahulu, Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-ma...

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan...

[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih

Image
[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih Sumber:  https://pakdin.my/158178 .. GUA MUSANG – Hasrat seorang ibu tunggal untuk beraya bersama sembilan anak dan lebih 20 cucu tidak kesampaian apabila rumahnya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di Felda Chiku 2, di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari penduduk kampung selepas mangsa, Rahani Abdul Rashid, 58, bersama seorang anak bongsu dan cucunya dalam perjalanan ke masjid Felda Chiku 3 untuk menunaikan solat sunat tarawih. Rahani memberitahu, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat disusuli dengan dentuman petir di kampung itu dan jiran ternampak api merebak ke bahagian dinding papan hadapan rumah. “Kami terus berpatah balik selepas jiran menelefon anak memaklumkan rumah kami telah terbakar. Sejurus sampai di rumah, kami dapati api sedang marak membakar di bahagian hadapan rumah. “Kami tak sempat selamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat menyebabkan motosi...

Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti

Image
Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti SUMBER:  https://pakdin.my/158163 .. Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021. “Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti. “Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini. Terdahulu, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Ibu Pejabat ...

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Image
[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan SUMBER:  https://pakdin.my/158159 ... Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya. Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan. “Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang har...

Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu

Image
Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu SUMBER:  https://pakdin.my/158151 .. KUALA TERENGGANU - Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini. Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu. Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang. Katanya, bahagian Jawatankuasa...