[Video] Pemandu selamat, lori terbakar


[Video] Pemandu selamat, lori terbakar

SUMBER: https://pakdin.my/158192 ...

KOTA BELUD: Lelaki nyaris rentung apabila lori 10 tan membawa muatan pasir dipandunya terbakar di Jalan Tenghilan-Kota Belud berhampiran Bukit Kelawat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari, pemandu berusia 40-an terbabit sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kepulan asap hitam keluar dari bahagian hadapan lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari.

Menurutnya, sembilan anggota termasuk empat pegawai bomba bantuan (PBB) dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan operasi memadam api dan kebakaran itu mengakibatkan bahagian hadapan lori berkenaan musnah 100 peratus.

"Pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan api berjaya dikawal pada 1.30 tengah hari," katanya.

Katanya, setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL