[Video] Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal tular di media sosial


[Video] Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal tular di media sosial

Sumber: https://pakdin.my/158128

Tular Video Kereta Peronda Polis Mengejar Penunggang Motosikal Di Aplikasi TikTok

Pada 8 April 2022 Jam lebih kurang 8.22 malam, pihak PDRM Kubang Pasu telah terkesan satu video tular berdurasi 14 saat yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna akaun TikTok @ AnnR yang memaparkan rakaman sebuah kereta peronda polis sedang mengejar sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua individu.

Kejadian tersebut berlaku 8 April 2022 jam lebih kurang 12.15 tengahari dimana semasa menjalankan tugas rondaan harian mencegah kemalangan, pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu telah terlihat sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC warna merah yang dinaiki  oleh (2) lelaki disyaki Melayu tidak memakai topi keledar sambil melakukan provokasi dengan memotong kenderaan polis di sebelah kiri.

Pegawai polis telah mengarahkan penunggang motosikal tersebut untuk berhenti dan saspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal melintasi pembahagi tengah jalan dan menuju ke jalan kawasan bendang berhampiran. Pegawai polis tersebut meneruskan rondaan seperti biasa dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Semua pengguna jalanraya diingatkan supaya mematuhi semua undang-undang lalulintas yang sedia ada termasuklah penggunaan telefon semasa memandu juga adalah salah disisi undang-undang.

Pihak PDRM Kubang Pasu juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kesalahan lalulintas di sekitar  daerah Kubang Pasu dapat menyalurkan maklumat tersebut di talian Hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222.



“ POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA ”

Supt. Rodzi Bin Abu Hassan

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu

09 April 2022


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma