SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin


SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159412  

  • SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit
  • Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009
  • Seorang saksi sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

"Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Seorang saksi sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika lejar syarikat itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN).

Selain Muhyiddin, antara ahli politik lain yang disebut namanya sepanjang prosiding ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

BACA juga:

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan 

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB? 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL