Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan di Parlimen korang je yang lalai
Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan di Parlimen korang je yang lalai
Selanjutnya di: https://pakdin.my/159432
Jadi Menteri kalau setakat dengar nasihat pegawai kementerian, habis la rakyat susah. Menteri kena lebih cerdik dan bijak lagi daripada pegawai.
Sebelum ni Dato’ Sri Najib Razak sudah beri amaran berkaitan isu krisis makanan dan 'food security' di Parlimen, tapi Menteri buat bodo je tak ambil port!
Akibat dari keegoan dan kesombongan, sekarang rakyat yang perlu hadap setiap hari.
-----------
Ini antara saranan saya semasa Perbahasan Belanjawan 2021 pada bulan November 2020 di tengah pandemik.
Masa itu, ramai yang fokus pada saranan saya bagi pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium bank.
Bahagian berkenaan pertanian ini pula kurang mendapat fokus.
"Dalam hal ini, satu sektor yang perlu dilihat semula dan dirangsangkan semula adalah sektor pertanian. Di mana ianya ada kaitan dengan food security dan kebimbangan bahawa rantaian makanan seluruh dunia mungkin terancam atau terganggu dalam masa Covid ini. Bidang-bidang baharu yang berpotensi perlulah dikenalpasti dan diberi keutamaan untuk dimajukan. Sebagai contoh pengeluaran susu segar oleh syarikat Holstein dengan jenama Farm Fresh dan telah berjaya menguasai 30% daripada pasaran susu segar. Produknya mendapat sambutan yang hangat sehingga permintaan melebihi bekalan.
Pengeluaran susu segar ini merupakan projek yang boleh disifatkansebagai ‘import substitution’ iaitu mengganti barang makanan yang diimport dan berpotensi untuk menjana keuntungan. Dan projek inijuga membuktikan bahawa Malaysia mampu mencapai “self-sufficiency” dalam industri yang berkenaan.
Kerajaan juga perlu mengubah persepsi bahawa sektor pertanian tidak setanding sektor-sektor lain seperti pekerjaan dalam bandar. Hakikatnya, sektor pertanian merupakan industri yang disanjung tinggi serta memberi pulangan yang lumayan kepada rakyat.
Yang DiPertua,
Satu generasi rakyat Malaysia telah dinafikan peluang untuk menjadi peneroka FELDA dengan menghentikan pengambilan peneroka baru setelah kerajaan membuat keputusan pada tahun 1990. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk kerajaan menimbang semula dan merancang dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah bagi mewujudkan satu generasi baharu peneroka FELDA untuk bidang- bidang makanan dan ternakan baharu seperti yang disebutkan di atas."
https://umnoputrajaya.com.my/2020/11/10/teks-ucapan-penuh-perbahasan-belanjawan-2021-najib-razak/
Itu saranan saya supaya negara berjaga-jaga lebih setahun setengah dahulu sebelum gangguan rantaian bekalan serta krisis makanan dunia yang diramalkan saya itu bermula.
Namun masih belum terlambat walaupun masa itu kerajaan PN tak layan saranan ini.
Persoalan saya sekarang ialah:
"Sekiranya kerjaan pusat hari ini mendapat kerja sama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan satu skim baharu seperti FELDA diperkenalkan bagi penananam makanan secara berskala biasa, siapakah antara kawan-kawan FB saya yang berminat menjadi peneroka generasi baharu?"
Facebook Najib Razak
Comments
Post a Comment