Hutang 1MDB hampir selesai



Hutang 1MDB hampir selesai

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174612/

Jangan gunakan lagi alasan hutang 1MDB membebankan dan belum selesai.

Setakat 30 Sept 2023, baki hutang 1MDB ialah RM5.15 bilion.

Tapi baki dalam akaun amanah 1MDB pula ialah RM9.85 bilion.

Masih menunggu lagi bayaran RM4.65 bilion dari penyelesaian IPIC.

Maksudnya akan ada RM14.5 bilion dalam akaun amanah untuk menyelesaikan baki hutang RM5.15 bilion.

Adakah RM14.5 bilion tidak boleh selesai keseluruhan hutang RM5.15 bilion?

Ini jawapan dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, ya!

Selain itu, 1MDB masih ada asset-asset yang sangat bernilai seperti projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140 bilion, projek TRX bernilai RM40 bilion dan tanah Pulau Pinang yang sekurang-kurangnya bernilai RM2 bilion

Belum ambill kira lagi berapa puluh bilion Ringgit yang telah diselamatkan bagi Petronas serta TNB hasil dari peranan 1MDB untuk menyelesaikan perjanjian-perjanjian berat sebelah IPP zaman Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL