Gadis OKU hilang selepas pulang beraya


Gadis OKU hilang selepas pulang beraya

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163768

Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan hilang di rumahnya di Meru, Klang sejak 28 April lalu selepas pulang beraya bersama keluarga.

Berita itu tular di media sosial apabila keluarganya giat membuat pencarian bagi mengesan gadis tersebut, Nur Adriana Natasya Noor Sazli yang berusia 17 tahun.

Kakak sulungnya, Nur Amira Natasya Sazli, 20, berkata, kehilangan adik perempuanya itu disedari keluarga pada awal pagi Jumaat lalu selepas pulang beraya daripada kampung di Perak.

Menurut Nur Amira, ahli keluarganya kini amat bimbang dengan keadaan adiknya yang menghidap disleksia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

VIDEO berkaitan:


“Kami baru sahaja pulang beraya dari Perak dan bila bangun sahaja, sedar-sedar Adriana hilang kira-kira pukul 5 pagi.

“Sekarang dah masuk empat hari masih tak jumpa. Kita takut dia diapa-apakan kerana dia ada ADHD dan disleksia,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Kata Nur Amira, keluarganya sebelum ini berjaya mengesan lokasi terakhir adiknya iaitu di Ampang dan Damansara.

“Saya dah hubungi semua rakan-rakan terdekat dan cuba jejak telefon dia melalui emel tetapi gagal mengesan Adriana. Sekarang, kami mencari berdasarkan pertolongan orang ramai yang mungkin ternampak adik saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Amira berkata, dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berhubung perkara terbabit.

“Jika ada yang ternampak adik saya boleh hubungi ahli keluarga di talian 01112824718,” katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma