BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid


BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166375

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan.

“Saya sebagai Pengerusi BN hormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti… kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC kerusi tetapi kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kedua-dua komponen BN itu akan terus membantu kempen untuk Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PRN di keenam-enam negeri itu dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Ditanya mengenai kerusi PRN yang diperuntukkan untuk MIC dan MCA, Ahmad Zahid berkata: “Kalau dia tak nak kita ambiklah.” 

Ahmad Zahid menegaskan BN sebagai komponen penting dan strategik Kerajaan Perpaduan akan terus memainkan peranan penting dalam menghadapi PRN di enam negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma