PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin


PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan.

"Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Perpaduan yang saya anggap suatu jawapan kepada ketidaktentuan politik yang tercipta pada 2020.

"Kita mahu lebih ramai terbabit dan bersama-sama, more heads are better than one," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan hadapan, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

PRN di keenam-enam negeri itu dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL