Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat


Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166045

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan. 

“Pasukan SAR  pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan yang disertai pelbagai agensi seperti JBPM, PDRM, PGA dan orang awam. Gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid.

“Lokasi berkenaan sebelum ini juga telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa ditemukan dalam keadaan lemah.

Terdahulu, operasi hari keempat diteruskan hari ini dengan kekuatan anggota 94 orang termasuk polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma