Posts

Showing posts from August, 2022

Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai

Image
Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160656/ HULU SELANGOR – Kebimbangan seorang anak selepas ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki terbabit menemui mayat wanita itu dalam sungai di hadapan sekolah agama sekitar Kuala Kubu Bharu di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun itu menemui jasad ibunya di dalam sungai pada pukul 12 tengah hari tadi. “Sebelum ini, anak lelaki mangsa telah datang untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu. “Lelaki itu kemudian menemui mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Suffian, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun. “Pemeriksaan forensik pula mendapati tiada unsur jenayah berla...

[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong

Image
[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong BACA di https://pakdin.my/160651/ SEKINCHAN: Seekor beruang yang dipercayai mencari makanan dikesan berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13, Sungai Nibong, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat itu dan tiba pada jam 8 pagi. Katanya, pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang berkenaan. "Penduduk setempat diminta supaya segera menghubungi kita sekiranya ternampak kelibat beruang itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Terdahulu, tular di laman sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan. https://youtu.be/vEWA3WtqV-A Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergeraka...

[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor

Image
[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor BACA seterusnya di https://pakdin.my/160647/ HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dalam kejadian sekitar Kampung Dato’ Harun, Serendah awal pagi 30 Ogos 2022. Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan anggota kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa dan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun. “Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzah...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040

Image
Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160598/ Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya. Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.  Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.   Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.  Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat men...

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Image
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160581/ KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. "Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Berita sebelum: Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin...
Image
[VIDEO] Rumah panjang Jungan 36 pintu musnah terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160576 SELANGAU-- Sebuah rumah panjang di Batu 36 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini.  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6:58 pagi 23 Ogos 2022.  Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan Rumah Jungan sepanjang 36 pintu, struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan. "PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang di alamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.  Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota.  https://youtu.be/BbfwWzdGnEs Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faiz...

[VIDEO] Wanita Thailand membunuh teman lelakinya yang kejam di hadapan seorang sami

Image
[VIDEO] Wanita Thailand membunuh teman lelakinya yang kejam di hadapan seorang sami BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160571 Seorang wanita yang sering dikasari kekasihnya berkata dia menembak dan membunuh teman lelakinya di hadapan seorang sami kerana dia tidak tahan lagi dengan keganasannya. Wanita berusia 40 tahun itu, Tharinya, menembak teman lelakinya, Supornchai, juga 40, beberapa kali ke dada dan perut ketika dia sedang menghulurkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng di wilayah Pathum Thani, dekat Bangkok. Polis telah dipanggil ke tempat kejadian dan menangkap wanita itu dan merampas pistol yang digunakannya, pistol CZ 9 milimeter, bersama peluru. Lelaki itu mempunyai dua kesan tembakan di perut dan dua lagi di dadanya. Tharinya memberitahu polis pasangan itu telah bersama selama empat tahun tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Teman wanita itu mengaku dia menembak teman lelakinya kerana dia tidak tahan lagi dengan penderaan da...

[VIDEO] Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru

Image
[VIDEO] Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160566/ Datuk Seri Najib Razak malam ini melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini. Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini. Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor. Najib tiba bersama anak lelakinya Nor Ashman, pada jam 8.20 malam sebelum disertai Rosmah, 20 minit kemudian. Antara pemimpin yang hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. https://youtu.be/eAyJFjKWM34 Sejurus solat Isyak, Najib dan jemaah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu. Ketika ucapan, Najib berkat...

[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat

Image
[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160561 KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. https://twitter.com/kamaluddinidrus/status/1561345772087455745?s=21&t=TqZ60S7D6O4Ds1mnVWzWeA

[VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran

Image
  [VIDEO] Tiga rentung dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160556/ SANDAKAN: Lelaki dan dua wanita rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian 10.30 malam itu, identiti mangsa berkenaan belum diperolehi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.35 malam. Menurutnya, sejurus itu, sepasukan 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan, menggunakan sebuah jentera penyelamat dan sebuah lori tangki. Menurutnya, sebaik tiba, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar lalu usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan. "Kira-kira 11 malam, api berjaya dikawal sebelum pemeriksaan menemui tiga mangsa rentung di tingkat bawah, di bahagian ruang tamu rumah. https://youtu.be/lHz4BORM7hU "Namun demikian, setakat ini identiti sebenar ...

Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand

Image
Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160552/ Semalam merupakan hari yang menakutkan bagi sekumpulan 50 murid darjah lima dan guru-guru dalam lawatan melihat alam semula jadi di Selatan Thailand. Ketika kumpulan itu berjalan melintasi sebuah jambatan di daerah Chian Yai di wilayah Nakhon Si Thammarat, jambatan itu runtuh, menyebabkan semua orang terjatuh ke dalam air. Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan. Institusi Perubatan Kecemasan Kebangsaan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan unit operasi kecemasan peringkat tinggi bergegas ke tempat kejadian. Terdapat beberapa jambatan runtuh di seluruh Thailand tahun ini, sebahagian daripadanya telah telah mengorbankan nyawa. Awal bulan ini, jambatan pusingan U di atas Jalan Rama II menghala ke Bangkok runtuh, jatuh ke atas empat kenderaan dan mengorbankan dua orang. Seorang penumpang maut di tempat kejadian dan...

Man United jadi bahan ketawa seluruh dunia

Image
Man United jadi bahan ketawa seluruh dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160548/ Kekalahan memalukan 0-4 Manchester United kepada Brentford mengejutkan seluruh dunia sehinggakan pengkritik, media dan peminat tergamam dengan prestasi menyedihkan gergasi bola sepak Liga Perdana itu. Erik ten Hag hanya memegang jawatan itu sejak Jun lalu tetapi sudah pun menghadapi tekanan besar apabila muncul bos pertama yang tewas dalam dua perlawanan awal liga sejak 1921. Pengkritik dan pemerhati bola sepak seperti Gary Neville, Jamie Carragher dan Rio Ferdinand semuanya membidas pemain selepas beberapa kesilapan dilakukan mereka termasuk penjaga gol berprofil tinggi, David de Gea. Bukan hanya di UK sahaja United dikecam, malah seluruh dunia termasuk dari Australia sehingga ke Vietnam dan Afrika turut kecewa dengan prestasi mereka. Vietnam News merumuskan kekalahan terbaru United itu dengan tajuk: 'Mengapa tidak untuk mentertawakan United'. Akhbar berita Australia, Fox Sports pula berca...

Ingat Allah hilang tekanan

Image
Ingat Allah hilang tekanan BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160543/ Setiap manusia tidak terlepas daripada mengalami tekanan atau stres kerana ia merupakan asam garam dalam kehidupan. Bezanya hanyalah pada tahap stres yang dialami oleh seseorang itu, sama ada serius atau pun tidak. Sehubungan dengan itu, seseorang yang mengalami stres hendaklah bijak menguruskannya agar kehidupan menjadi lebih aman dan sempurna. Oleh itu, harus disedari bahawa stres merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana stres biasanya timbul apabila seseorang menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup. Ujian dalam kehidupan ini merupakan suatu lumrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dengan merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar." Firman...

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Image
9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/ Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan. Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit. “Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada. “Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia. Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara kesel...

Kereta api harian bermula antara sempadan Malaysia dan Bangkok

Image
Kereta api harian bermula antara sempadan Malaysia dan Bangkok BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160535/ State Railway of Thailand (SRT) memperkenalkan dua lagi tren di laluan Bangkok-Padang Besar dan begitu juga sebaliknya bermula Khamis (11 Ogos) bagi memudahkan pelancong yang ingin melawat Malaysia. Jadual tren adalah seperti berikut: 1. Tren Ekspres 45, bertolak dari Bangkok pada 3.10 petang dan tiba di Padang Besar pada 9.50 pagi (waktu Thailand). 2. Tren Ekspres 46, bertolak dari Padang Besar pada 5.06 petang (waktu Thailand) dan tiba di Bangkok pada 12.45 pagi. Pengarah Pusat Perhubungan Awam SRT Ekarat Sriarayanphong berkata langkah itu bertujuan mempromosikan pelancongan di wilayah selatan dan menarik pelancong dari Malaysia selepas Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melonggarkan sekatan perjalanan di sempadan Thailand-Malaysia. Ekarat berkata dengan penambahan dua tren itu, SRT kini mengendalikan sejumlah 200 tren setiap hari – 36 di laluan utara, 46 di timur laut, 5...

[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar

Image
[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160530 TANJUNG MANIS: Dua lelaki maut selepas lori treler dinaiki mereka yang membawa sebuah jengkaut dipercayai tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kampung Semalau menghala ke Kampung Jerijih di sini sekitar jam 9 pagi 19 Ogos 2022. Menurutnya, mangsa ialah Hi Sieh King, 61, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia yang belum dikenal pasti identitinya. "Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis menerima laporan pada jam 9.15 pagi mengenai kebakaran sebuah lori treler yang membawa jengkaut dan sepasukan anggota bomba terus digerakkan ke lokasi. "Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lengan jengkaut yang dibawa oleh lori treler terbabit tersangkut pada kabel elektrik dan kebakaran sedang berlaku di...

Cabaran ‘syurga’ ganja di Thailand

Image
Cabaran ‘syurga’ ganja di Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160526/ SEJAK kerajaan Thailand membenarkan penanaman dan penggunaan ganja dalam kalangan rakyatnya sejak Jun lalu, banyak produk berasaskan bahan khayal itu dijual secara terbuka di negara tersebut. Produk minuman berasaskan tumbuhan itu boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai serbaneka. Bukan hanya produk berasaskan ganja, malah anak pokok ganja juga dijual di tepi jalan pada harga serendah 20 hingga 100 baht (RM2.50 sehingga RM12) sepokok mengikut usia. Penulis turut berkesempatan melihat sendiri penjualan anak pokok ganja di bandar Hatyai, Thailand yang dijual di tepi jalan. Situasi itu sebenarnya mencetuskan kebimbangan kepada agensi keselamatan di sempadan dan komuniti negara ini. Ia dijangka merancakkan lagi kegiatan penyeludupan ganja kering dan produk berasaskan bahan khayal tersebut ke negara ini menerusi laluan darat dan laut selain dikhuatiri menjadi tempat sebilangan rakyat negara ini untuk ‘berpes...

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Image
Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160522/ Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu bertajuk siaran "Kisah seorang kawan" Dia mendakwa guru kepada kanak-kanak perempuan itu menyedari bahawa dia menggigil dan tidak dapat berjalan kemudian dia tertidur. Apabila kanak-kanak itu bangun, dia tidak boleh bercakap. Guru kemudian memanggil ibu bapa gadis itu. Bapa kanak-kanak itu menjemputnya dan membawanya ke hospital, di mana dia mengadu mengantuk dan lapar. Seorang doktor meminta gadis itu melakukan tugas fizikal seperti mengangkat tangan dan mengangkat kaki. Gadis itu boleh melakukan tugas, tetapi perlahan-lahan. Seorang ahli keluarga kemudian memberitahu keluarga bahawa gadis itu telah makan brownies dicampur dengan ganja. Tid...
Image
[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160518/ Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah Selatan Thailand. Pemberontak BRN berkata ia adalah tindakan menentang kapitalisme yang menjejaskan perniagaan tempatan. Semalam, laman Facebook rasmi kumpulan itu merakamkan ucapan takziah atas kematian dan kemusnahan yang berlaku. Mereka berkata, ahli kumpulan menjemput semua kakitangan dan pelanggan yang tidak bersalah untuk meninggalkan kedai serbaneka itu sebelum mereka mengebom mereka dan sebarang kematian dianggap sebagai kemalangan tetapi mereka menerima tanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kematian. BRN mendedahkan mereka menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven dan pasar raya Big C kerana kedai-kedai ini mewakili kapitalisme, yang memusnahkan perniagaan tempatan dan memaksa banya...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Image
Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022 BACA seterusnya disini:  https://pakdin.my/160510/ Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini. Laporan polis dibuat oleh Seorang individu mengenai tularnya satu laman facebook yang dioercayai suami kepada Ketua Hakim Negara. Antara yang panas hari ini: 1) Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan. Beliau sebelum itu sekali lagi merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan. "Ini akan menyedihkan buat saya kerana saya tidak pernah melakukan perkara ini sepanjang 45 tahun berkhidmat sebagai peguam," katanya. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini yang menolak permohonan Najib untuk menangg...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Image
Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160506/ Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat kelmarin, kata polis seperti laporan akhbar Bangkok Post semalam 15 Ogos 2022.  Letupan pertama berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) kira-kira 500 meter dari Kampung Khok Kai. Seorang wanita tempatan yang merupakan penoreh getah, Pathum Nakthong cedera parah dalam kejadian itu. Pasukan polis, renjer dan unit pemusnah bom (EOD) dikerah ke kebun getah tersebut. Sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) ketika mereka membersihkan kawasan terbabit, sebutir bom lain pula meletup pada jarak 200 meter dari bom pertama. Sarjan Mejar Somchai Daeng-ngoen daripada Kompeni Renjer 4818 terbunuh dalam letupan kedua itu. Bahan letupan kedua mungkin dipasang untuk membunuh mereka yang bertindak balas terha...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Image
Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160501/ Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Kebanyakan penternak takut nak bela ayam masa ini kerana tidak mahu berlaku lebihan. Ayam besar-besar yang sepatutnya dihantar ke Singapura ‘sangkut’ di ladang. Tuduhan wujud kartel sampai sekarang tidak di temui. Seorang pemilik syarikat pembekal dan pembeli ayam khuatir masalah baharu akan muncul apabila sekatan eksport ditarik, akibat ketiadaan maklumat mengenai tempoh sekatan dan kelambatan kerajaan membuat keputusan. Baharudin Ahmad di NB Poultry Processing Industries berkata, ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Katanya, sebelum ini penternak men...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

Image
[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160495/ GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik susulan panahan petir. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya percaya sebab kematian mangsa adalah kerana renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap invertor solar di rumahnya. Katanya, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dan dibawa ke Klinik Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia. "Selepas mendengar bunyi letupan petir, bapa mangsa pulang ke rumah dan dimaklumkan tiada elektrik. Bapa mangsa menghubungi pembaiki invertor solar dan diberitahu invertor solar rumah mereka...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

Image
[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160490/ BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui selamat hanya kira-kira 1.4 Kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selepas lima hari usaha pencarian dilakukan akhirnya wanita berkenaan, Painah Siwan,79, ditemui pada pukul 11.25 pagi tadi. Katanya, wanita berkenaan yang ditemui berhampiran lopak air dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan operasi. “Turut ditemui bersama wanita berkenaan adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun kelapa sawit yang sudah siap diraut. “Wanita itu kemudiannya di rujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya melalui ken...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Image
[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160485/ Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang  dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. “Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai pengarah urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited,  Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanp...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Image
Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160481/ Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS) pada Selasa (16 Ogos). Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan. Sumber yang mengetahui berkaitan kes berkenaan mengesahkan akan ada pertuduhan dibuat esok. “Ya, kami akan mendakwa individu tertentu esok (Selasa),” kata sumber. Pada Julai di laporkan bahawa penyiasat SPRM yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam projek LCS yang bernilai berbilion ringgit itu.

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Image
[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160476/ Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kelantan, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam (Sabtu, 13 Ogos 2022). Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat. "Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. ...